Thursday, 20 October 2011

SIAPA ROSEMARY????





      Siapa Rosemary?aku sendiri tidak pernah kenal..tapi aku tahu kewujudannya,dia ada,tapi tidak tahu dimana,pasti Rosemary juga sudah sedewasa aku,atau mungkin Rosemary sudah tiada lagi didunia ini.
Rosemary,nama yang sering umi cerita sejak aku kecil hinggalah kini aku dewasa,...
Hmm...sebenarnya aku ini dilahirkan pramatang(premature baby) dengan berat waktu itu cuma 1.1 kg je,aku tahu pun sebab memang tercatat disijil kelahiran berat aku sewaktu dilahirkan.,dan macam biasa bayi pramatang ini akan dimasukkan ke inkubator apatah lagi keadaan aku yang tidak begitu stabil,paru-paru aku tidak dapat berfungsi dengan baik waktu itu,selang beberapa detik je mesti kena suction,kalau tidak akan mengalami kesukaran untuk bernafas,.Umi kata sejak dilahirkan aku dah berjuang untuk hidup,tapi umi tak jemu membantu dengan tidak putus -putus berdoa,umi tidak boleh menyusui aku secara normal kerana aku perlu menyusu melalui tiub yang dipasang melalui mulut,sebab tu la bibir aku sehingga kini ada kesan sedikit alur di tengah2 bibir...
               Sebenarnya dalam wad paedtric itu aku tidak sendirian,tapi ada lagi seorang bayi keturunan cina ,walau berada didalam wad khusus untuk bayi pramatang yang bermasalah,ibu tetap perlu ada bersama-sama menjaga bayi.Umi kata dia ambil kesempatan ini untuk merawat aku mengikut kaedahnya,apa-apapun umi tetap tekankan didikan sedari kecil,kalau bayi keturunan cina itu, ibunya sering tiada kecuali jika diminta datang menghantar susu,baru dia akan muncul,tapi umi tetap setia disisi aku untuk pastikan aku mendapat susu ibu secara berterusan.Umi minta izin dengan doktor agar dapat memasang radio tape berhampiran baby cot aku..doktor benarkan asal tidak menggangu,abi mengaji,berzikir dirumah dan kemudian di rakam,pita rakaman itu abi serahkan pada umi dan umi perdengarkan padaku,dan sehari-harian aku didengarkan dengan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir,yang dialunkan oleh abi sendiri,sebenarnya tanpa aku sedar dan yang lain juga tidak sedar...bukan aku seorang saja yang mendengarnya,tetapi bayi itu juga asyik menikmati bacaan ayat-ayat suci dan zikir-zikir...
      Hmmm..itulah Rosemary,kata umi kepalanya botak dan tubuhnya juga sangat kecil kerana beratnya cuma 900gram,dia dilahirkan sewaktu usia kandungan ibunya baru nak mencecah 7 bulan...dan yang tak bagusnya salah seorang jururawat yang bertugas di wad itu memangilnya "toyol",menurut umi jururawat ini cantik,dan namanya juga baik iaitu Hasanah,tapi sikapnya selalu "over acting" mungkin kerana dia merasa dia cantik dan suaminya adalah doktor di hospital itu,sememangnya dia tidak sebulu dengan umi,kerana umi kerap menasihati dia dalam bertingkah laku,..rasa-rasa akulah walaupun dia tidak menjaga lidahnya dengan sering menyakiti dan mempertikaikan hasil kerja rakan sejawatannya,dia perlu menjaga tingkah lakunya untuk memelihara maruah suaminya.Boleh saja kita mengkritik dan menegur seseorang asal dengan niat agar perkara yang dilakukannya menjadi lebih baik,tetapi hendaklah jangan sampai kata-kata yng kita guna menyinggung perasaan seseorang atau menyebabkannya marah"kata orang tidak salah sedekahkan pahala untuk diri sendiri dengan mengeluarkan kata-kata yang baik pada orang sekeliling kita".
      Rosemary,Rosemary umi sebenarnya selalu perhatikan dia,tiap kali umi doakan untuk aku,umi tidak lupa untuk Rosemary juga,yang nak gelaknya tapi ada benarnya,umi dalam nada bergurau tapi cukup serius berkata"tiap kali dia menatap Rosemary dia berdoa agar satu hari kelak Rosemary bertukar menjadi Rosmaria yang nanti agamanya adalah Islam...amiiiin!"hmm tidak usah pening dengan amalan sunnah yang sulit,cukup dulu hanya dengan mendoakan yang baik-baik untuk kesemuanya,alihkan sampah dijalanan,bersedekah sebiji buah bahkan dengan senyuman juga sudah amat memadai,sebarkan salam pada yang kenal dan tidak dikenal,ucapkan subhanallah saat bertemu dengan keindahan,Alhamdullilah saat merasakan nikmat,Allahu Akbar ketika bertemu dengan kebesaran Allah,mudah saja Islam tidak menuntut banyak apatah lagi yang memberatkan.Sesungguhnya Allah SWT tidak mengkehendaki sedikitpun kesulitan bagi hamba-hambanya.
      Begitulah umi cuba berdakwah dengan Rosemary,Rosemary masih "putih",umi kata setiap kali umi membisikkan ketelingaku zikir-zikir Allah demi untuk menguatkan lagi tubuhku dan mempersiapkan mindaku,setiap kali itu jugalah umi bisikkan pada Rossemary,sebelah tangan umi tepuk-tepukkan ketubuhku,sebelah lagi umi tepukkan juga tubuh Rosemary.Jika umi berikhtiar dengan air zam-zam,dilap-lap ketubuhku dengan bacaan-bacaan doa dan ayat-ayat suci,itu jugalah yang umi lakukan pada Rosemary.Pernah salah seorang jururawat bertugas berkata,orang mengaji Rosemary dengar,orang azan pun Rosemary dengar,orang berzikir pun Rosemary dengar.Pendek kata Rosemary ibarat kembar aku di wad itu selama aku 3 bulan bersamanya...Selepas berat badanku cukup 1.5 kg,aku dipindahkan kewad lain,tidak lagi bersama Rosemary,tapi aku tahu kenangan dan harapan untuk Rosemary aku dan umi bawa sekali..dan sehingga kini aku sudah menginjak dewasa umi masih tidak pernah lupa pada Rosemary.Setiap kali melihat album lama gambar-gambar sewaktu aku pulang dari hospital,umi pasti akan bercerita pasal Rosemary...

Monday, 17 October 2011

Kenali diri

         Sejak dari sekolah rendah,setiap penulisan aku,mesti cerita dulu tajuk kemudian,sepertinya juga aku membaca,mesti dari belakang dahulu baru kuhabiskan hingga kedepan,dan kebanyakkannya muka depan ada yang aku langsung tak baca pun,bila ditanya sahabat-sahabat atau keluarga aku hanya menjawab sambil tersenyum,"hmm dah tahu kesudahannya,akhirnya sipolan dengan sipolan berkahwin dan berbahagia"mungkin aku boleh memberi jawapan itu bila pembacaanku melibatkan novel atau buku-buku cerita,bagaimana pula dengan buku-buku bercorak ilmiah juga motivasi kegemaran aku,aku tetap juga memulainya dengan membacanya dari belakang,mungkin kerana ianya satu kebiasaan cuma yang aku tertanya-tanya,darimana dan apakah sebabnya kebiasaan itu bermula?...jom..tinggalkan sebentar kisah itu...apapun mungkin dari kebiasaan itu yang menampakkan sikapku yang tidak suka memikirkan hal dengan terlalu banyak...bukan tidak suka cuma aku tidak mahu sesuatu perkara itu mempengaruhi mindaku.Umi sering berkata padaku,bila aku melakukan sesuatu perkara,aku bagai dipagar oleh dawai renjatan elektrik,yang mana apapun perkara tidak boleh menjejaskan penumpuan aku,terutama ketika aku melukis atau menterjemah bahan bacaan,tapi...ada satu bunyi je yang akan buat aku terganggu...iaitu...meow,meow..kalau makhluk yang satu ini berbunyi aku akan jadi tak keruan,mesti ada yang tidak kena,mungkin lapar atau sakit,hmm mungkin juga dia dalam keadaan yang tidak selesa,kerana itulah,setiap kali aku mahu mulakan melakukan apa juga kerja yang memerlukan aku beri sepenuh tumpuan,aku akan pastikan kucing-kucing ini dalam keadaan kenyang..bersih dan dalam keadaan baik.sejam dua jam bersama mereka seusai subuh sebenarnya beri satu terapi,hatiku jadi lebih mudah tersentuh,jadi lebih peka,jadi lebih merasai betapa bernilainya kasih sayang itu..ianya membuat aku lebih menghargai erti kasih sayang itu...

     Ketika kami kecil abi selalu belikan kami suratkhabar,bukan abi yang baca,tapi dia akn panggil kami semua dan meletakkan suratkhabar itu ditengah-tengah,kemudian abi akan minta kami seorang demi seorang bermula dari kakak yang sulung membelek suratkhabar itu,yang lain akan memerhati,along memerhati sebentar muka surat depan kemudian terus kepada artikel yang digemarinya,along,lebih berminat pada kisah-kisah kemasyarakatan yang dipaparkan didada akhbar,angah sangat suka pada peraduan -peraduan teka silangkata,tu apa aje peraduan yang ada diakhbar itu,alang terus je pergi pada mukasurat  belakang iaitu ulasan-ulasan sukan,hmm sama pulak dengan acik,cuma acik ada lagi satu kolum kegemarannya,kebetulan sama pulak dengan aku iaitu..kartun..dan aku pula si puteri bongsu,tidak berapa menggemari akhbar,kecuali hari minggu,kerana ada cerpen dan puisi dan kartunnya juga agak banyak,dan ada kala ada resipi...kata abi sebenarnya apa yang kami minati sejak kecil kecil itu banyak mempengaruhi perwatakan kami bila kami mulai menginjak dewasa,dari situ abi dan umi belajar mengenali sifat sifat kami,...bila dah kenal baru mereka menyusun strategi untuk mendidik dan menceburkan kami kearah mana...dan hasilnya tentulah baik sekali kerana mereka mencelup emas dalam celupan emas,perak dalam celupan perak,cuma perlu menanbah beberapa bahan agar lebih bertahan dan lebih nampak kilatannya..jadi kita fikirlah sendiri jika emas dicelup perak,perak dicelup gangsa..mesti padanannya tidak akan menjadi....dan sesuatu itu tidak akan nampak impaknya...dan tidak akan menjadi seperti apa yng kita harapkan....