Thursday, 20 October 2011

SIAPA ROSEMARY????





      Siapa Rosemary?aku sendiri tidak pernah kenal..tapi aku tahu kewujudannya,dia ada,tapi tidak tahu dimana,pasti Rosemary juga sudah sedewasa aku,atau mungkin Rosemary sudah tiada lagi didunia ini.
Rosemary,nama yang sering umi cerita sejak aku kecil hinggalah kini aku dewasa,...
Hmm...sebenarnya aku ini dilahirkan pramatang(premature baby) dengan berat waktu itu cuma 1.1 kg je,aku tahu pun sebab memang tercatat disijil kelahiran berat aku sewaktu dilahirkan.,dan macam biasa bayi pramatang ini akan dimasukkan ke inkubator apatah lagi keadaan aku yang tidak begitu stabil,paru-paru aku tidak dapat berfungsi dengan baik waktu itu,selang beberapa detik je mesti kena suction,kalau tidak akan mengalami kesukaran untuk bernafas,.Umi kata sejak dilahirkan aku dah berjuang untuk hidup,tapi umi tak jemu membantu dengan tidak putus -putus berdoa,umi tidak boleh menyusui aku secara normal kerana aku perlu menyusu melalui tiub yang dipasang melalui mulut,sebab tu la bibir aku sehingga kini ada kesan sedikit alur di tengah2 bibir...
               Sebenarnya dalam wad paedtric itu aku tidak sendirian,tapi ada lagi seorang bayi keturunan cina ,walau berada didalam wad khusus untuk bayi pramatang yang bermasalah,ibu tetap perlu ada bersama-sama menjaga bayi.Umi kata dia ambil kesempatan ini untuk merawat aku mengikut kaedahnya,apa-apapun umi tetap tekankan didikan sedari kecil,kalau bayi keturunan cina itu, ibunya sering tiada kecuali jika diminta datang menghantar susu,baru dia akan muncul,tapi umi tetap setia disisi aku untuk pastikan aku mendapat susu ibu secara berterusan.Umi minta izin dengan doktor agar dapat memasang radio tape berhampiran baby cot aku..doktor benarkan asal tidak menggangu,abi mengaji,berzikir dirumah dan kemudian di rakam,pita rakaman itu abi serahkan pada umi dan umi perdengarkan padaku,dan sehari-harian aku didengarkan dengan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir,yang dialunkan oleh abi sendiri,sebenarnya tanpa aku sedar dan yang lain juga tidak sedar...bukan aku seorang saja yang mendengarnya,tetapi bayi itu juga asyik menikmati bacaan ayat-ayat suci dan zikir-zikir...
      Hmmm..itulah Rosemary,kata umi kepalanya botak dan tubuhnya juga sangat kecil kerana beratnya cuma 900gram,dia dilahirkan sewaktu usia kandungan ibunya baru nak mencecah 7 bulan...dan yang tak bagusnya salah seorang jururawat yang bertugas di wad itu memangilnya "toyol",menurut umi jururawat ini cantik,dan namanya juga baik iaitu Hasanah,tapi sikapnya selalu "over acting" mungkin kerana dia merasa dia cantik dan suaminya adalah doktor di hospital itu,sememangnya dia tidak sebulu dengan umi,kerana umi kerap menasihati dia dalam bertingkah laku,..rasa-rasa akulah walaupun dia tidak menjaga lidahnya dengan sering menyakiti dan mempertikaikan hasil kerja rakan sejawatannya,dia perlu menjaga tingkah lakunya untuk memelihara maruah suaminya.Boleh saja kita mengkritik dan menegur seseorang asal dengan niat agar perkara yang dilakukannya menjadi lebih baik,tetapi hendaklah jangan sampai kata-kata yng kita guna menyinggung perasaan seseorang atau menyebabkannya marah"kata orang tidak salah sedekahkan pahala untuk diri sendiri dengan mengeluarkan kata-kata yang baik pada orang sekeliling kita".
      Rosemary,Rosemary umi sebenarnya selalu perhatikan dia,tiap kali umi doakan untuk aku,umi tidak lupa untuk Rosemary juga,yang nak gelaknya tapi ada benarnya,umi dalam nada bergurau tapi cukup serius berkata"tiap kali dia menatap Rosemary dia berdoa agar satu hari kelak Rosemary bertukar menjadi Rosmaria yang nanti agamanya adalah Islam...amiiiin!"hmm tidak usah pening dengan amalan sunnah yang sulit,cukup dulu hanya dengan mendoakan yang baik-baik untuk kesemuanya,alihkan sampah dijalanan,bersedekah sebiji buah bahkan dengan senyuman juga sudah amat memadai,sebarkan salam pada yang kenal dan tidak dikenal,ucapkan subhanallah saat bertemu dengan keindahan,Alhamdullilah saat merasakan nikmat,Allahu Akbar ketika bertemu dengan kebesaran Allah,mudah saja Islam tidak menuntut banyak apatah lagi yang memberatkan.Sesungguhnya Allah SWT tidak mengkehendaki sedikitpun kesulitan bagi hamba-hambanya.
      Begitulah umi cuba berdakwah dengan Rosemary,Rosemary masih "putih",umi kata setiap kali umi membisikkan ketelingaku zikir-zikir Allah demi untuk menguatkan lagi tubuhku dan mempersiapkan mindaku,setiap kali itu jugalah umi bisikkan pada Rossemary,sebelah tangan umi tepuk-tepukkan ketubuhku,sebelah lagi umi tepukkan juga tubuh Rosemary.Jika umi berikhtiar dengan air zam-zam,dilap-lap ketubuhku dengan bacaan-bacaan doa dan ayat-ayat suci,itu jugalah yang umi lakukan pada Rosemary.Pernah salah seorang jururawat bertugas berkata,orang mengaji Rosemary dengar,orang azan pun Rosemary dengar,orang berzikir pun Rosemary dengar.Pendek kata Rosemary ibarat kembar aku di wad itu selama aku 3 bulan bersamanya...Selepas berat badanku cukup 1.5 kg,aku dipindahkan kewad lain,tidak lagi bersama Rosemary,tapi aku tahu kenangan dan harapan untuk Rosemary aku dan umi bawa sekali..dan sehingga kini aku sudah menginjak dewasa umi masih tidak pernah lupa pada Rosemary.Setiap kali melihat album lama gambar-gambar sewaktu aku pulang dari hospital,umi pasti akan bercerita pasal Rosemary...

No comments:

Post a Comment