Sejak dari sekolah rendah,setiap penulisan aku,mesti cerita dulu tajuk kemudian,sepertinya juga aku membaca,mesti dari belakang dahulu baru kuhabiskan hingga kedepan,dan kebanyakkannya muka depan ada yang aku langsung tak baca pun,bila ditanya sahabat-sahabat atau keluarga aku hanya menjawab sambil tersenyum,"hmm dah tahu kesudahannya,akhirnya sipolan dengan sipolan berkahwin dan berbahagia"mungkin aku boleh memberi jawapan itu bila pembacaanku melibatkan novel atau buku-buku cerita,bagaimana pula dengan buku-buku bercorak ilmiah juga motivasi kegemaran aku,aku tetap juga memulainya dengan membacanya dari belakang,mungkin kerana ianya satu kebiasaan cuma yang aku tertanya-tanya,darimana dan apakah sebabnya kebiasaan itu bermula?...jom..tinggalkan sebentar kisah itu...apapun mungkin dari kebiasaan itu yang menampakkan sikapku yang tidak suka memikirkan hal dengan terlalu banyak...bukan tidak suka cuma aku tidak mahu sesuatu perkara itu mempengaruhi mindaku.Umi sering berkata padaku,bila aku melakukan sesuatu perkara,aku bagai dipagar oleh dawai renjatan elektrik,yang mana apapun perkara tidak boleh menjejaskan penumpuan aku,terutama ketika aku melukis atau menterjemah bahan bacaan,tapi...ada satu bunyi je yang akan buat aku terganggu...iaitu...meow,meow..kalau makhluk yang satu ini berbunyi aku akan jadi tak keruan,mesti ada yang tidak kena,mungkin lapar atau sakit,hmm mungkin juga dia dalam keadaan yang tidak selesa,kerana itulah,setiap kali aku mahu mulakan melakukan apa juga kerja yang memerlukan aku beri sepenuh tumpuan,aku akan pastikan kucing-kucing ini dalam keadaan kenyang..bersih dan dalam keadaan baik.sejam dua jam bersama mereka seusai subuh sebenarnya beri satu terapi,hatiku jadi lebih mudah tersentuh,jadi lebih peka,jadi lebih merasai betapa bernilainya kasih sayang itu..ianya membuat aku lebih menghargai erti kasih sayang itu...
Ketika kami kecil abi selalu belikan kami suratkhabar,bukan abi yang baca,tapi dia akn panggil kami semua dan meletakkan suratkhabar itu ditengah-tengah,kemudian abi akan minta kami seorang demi seorang bermula dari kakak yang sulung membelek suratkhabar itu,yang lain akan memerhati,along memerhati sebentar muka surat depan kemudian terus kepada artikel yang digemarinya,along,lebih berminat pada kisah-kisah kemasyarakatan yang dipaparkan didada akhbar,angah sangat suka pada peraduan -peraduan teka silangkata,tu apa aje peraduan yang ada diakhbar itu,alang terus je pergi pada mukasurat belakang iaitu ulasan-ulasan sukan,hmm sama pulak dengan acik,cuma acik ada lagi satu kolum kegemarannya,kebetulan sama pulak dengan aku iaitu..kartun..dan aku pula si puteri bongsu,tidak berapa menggemari akhbar,kecuali hari minggu,kerana ada cerpen dan puisi dan kartunnya juga agak banyak,dan ada kala ada resipi...kata abi sebenarnya apa yang kami minati sejak kecil kecil itu banyak mempengaruhi perwatakan kami bila kami mulai menginjak dewasa,dari situ abi dan umi belajar mengenali sifat sifat kami,...bila dah kenal baru mereka menyusun strategi untuk mendidik dan menceburkan kami kearah mana...dan hasilnya tentulah baik sekali kerana mereka mencelup emas dalam celupan emas,perak dalam celupan perak,cuma perlu menanbah beberapa bahan agar lebih bertahan dan lebih nampak kilatannya..jadi kita fikirlah sendiri jika emas dicelup perak,perak dicelup gangsa..mesti padanannya tidak akan menjadi....dan sesuatu itu tidak akan nampak impaknya...dan tidak akan menjadi seperti apa yng kita harapkan....

No comments:
Post a Comment