Thursday, 20 October 2011

SIAPA ROSEMARY????





      Siapa Rosemary?aku sendiri tidak pernah kenal..tapi aku tahu kewujudannya,dia ada,tapi tidak tahu dimana,pasti Rosemary juga sudah sedewasa aku,atau mungkin Rosemary sudah tiada lagi didunia ini.
Rosemary,nama yang sering umi cerita sejak aku kecil hinggalah kini aku dewasa,...
Hmm...sebenarnya aku ini dilahirkan pramatang(premature baby) dengan berat waktu itu cuma 1.1 kg je,aku tahu pun sebab memang tercatat disijil kelahiran berat aku sewaktu dilahirkan.,dan macam biasa bayi pramatang ini akan dimasukkan ke inkubator apatah lagi keadaan aku yang tidak begitu stabil,paru-paru aku tidak dapat berfungsi dengan baik waktu itu,selang beberapa detik je mesti kena suction,kalau tidak akan mengalami kesukaran untuk bernafas,.Umi kata sejak dilahirkan aku dah berjuang untuk hidup,tapi umi tak jemu membantu dengan tidak putus -putus berdoa,umi tidak boleh menyusui aku secara normal kerana aku perlu menyusu melalui tiub yang dipasang melalui mulut,sebab tu la bibir aku sehingga kini ada kesan sedikit alur di tengah2 bibir...
               Sebenarnya dalam wad paedtric itu aku tidak sendirian,tapi ada lagi seorang bayi keturunan cina ,walau berada didalam wad khusus untuk bayi pramatang yang bermasalah,ibu tetap perlu ada bersama-sama menjaga bayi.Umi kata dia ambil kesempatan ini untuk merawat aku mengikut kaedahnya,apa-apapun umi tetap tekankan didikan sedari kecil,kalau bayi keturunan cina itu, ibunya sering tiada kecuali jika diminta datang menghantar susu,baru dia akan muncul,tapi umi tetap setia disisi aku untuk pastikan aku mendapat susu ibu secara berterusan.Umi minta izin dengan doktor agar dapat memasang radio tape berhampiran baby cot aku..doktor benarkan asal tidak menggangu,abi mengaji,berzikir dirumah dan kemudian di rakam,pita rakaman itu abi serahkan pada umi dan umi perdengarkan padaku,dan sehari-harian aku didengarkan dengan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir,yang dialunkan oleh abi sendiri,sebenarnya tanpa aku sedar dan yang lain juga tidak sedar...bukan aku seorang saja yang mendengarnya,tetapi bayi itu juga asyik menikmati bacaan ayat-ayat suci dan zikir-zikir...
      Hmmm..itulah Rosemary,kata umi kepalanya botak dan tubuhnya juga sangat kecil kerana beratnya cuma 900gram,dia dilahirkan sewaktu usia kandungan ibunya baru nak mencecah 7 bulan...dan yang tak bagusnya salah seorang jururawat yang bertugas di wad itu memangilnya "toyol",menurut umi jururawat ini cantik,dan namanya juga baik iaitu Hasanah,tapi sikapnya selalu "over acting" mungkin kerana dia merasa dia cantik dan suaminya adalah doktor di hospital itu,sememangnya dia tidak sebulu dengan umi,kerana umi kerap menasihati dia dalam bertingkah laku,..rasa-rasa akulah walaupun dia tidak menjaga lidahnya dengan sering menyakiti dan mempertikaikan hasil kerja rakan sejawatannya,dia perlu menjaga tingkah lakunya untuk memelihara maruah suaminya.Boleh saja kita mengkritik dan menegur seseorang asal dengan niat agar perkara yang dilakukannya menjadi lebih baik,tetapi hendaklah jangan sampai kata-kata yng kita guna menyinggung perasaan seseorang atau menyebabkannya marah"kata orang tidak salah sedekahkan pahala untuk diri sendiri dengan mengeluarkan kata-kata yang baik pada orang sekeliling kita".
      Rosemary,Rosemary umi sebenarnya selalu perhatikan dia,tiap kali umi doakan untuk aku,umi tidak lupa untuk Rosemary juga,yang nak gelaknya tapi ada benarnya,umi dalam nada bergurau tapi cukup serius berkata"tiap kali dia menatap Rosemary dia berdoa agar satu hari kelak Rosemary bertukar menjadi Rosmaria yang nanti agamanya adalah Islam...amiiiin!"hmm tidak usah pening dengan amalan sunnah yang sulit,cukup dulu hanya dengan mendoakan yang baik-baik untuk kesemuanya,alihkan sampah dijalanan,bersedekah sebiji buah bahkan dengan senyuman juga sudah amat memadai,sebarkan salam pada yang kenal dan tidak dikenal,ucapkan subhanallah saat bertemu dengan keindahan,Alhamdullilah saat merasakan nikmat,Allahu Akbar ketika bertemu dengan kebesaran Allah,mudah saja Islam tidak menuntut banyak apatah lagi yang memberatkan.Sesungguhnya Allah SWT tidak mengkehendaki sedikitpun kesulitan bagi hamba-hambanya.
      Begitulah umi cuba berdakwah dengan Rosemary,Rosemary masih "putih",umi kata setiap kali umi membisikkan ketelingaku zikir-zikir Allah demi untuk menguatkan lagi tubuhku dan mempersiapkan mindaku,setiap kali itu jugalah umi bisikkan pada Rossemary,sebelah tangan umi tepuk-tepukkan ketubuhku,sebelah lagi umi tepukkan juga tubuh Rosemary.Jika umi berikhtiar dengan air zam-zam,dilap-lap ketubuhku dengan bacaan-bacaan doa dan ayat-ayat suci,itu jugalah yang umi lakukan pada Rosemary.Pernah salah seorang jururawat bertugas berkata,orang mengaji Rosemary dengar,orang azan pun Rosemary dengar,orang berzikir pun Rosemary dengar.Pendek kata Rosemary ibarat kembar aku di wad itu selama aku 3 bulan bersamanya...Selepas berat badanku cukup 1.5 kg,aku dipindahkan kewad lain,tidak lagi bersama Rosemary,tapi aku tahu kenangan dan harapan untuk Rosemary aku dan umi bawa sekali..dan sehingga kini aku sudah menginjak dewasa umi masih tidak pernah lupa pada Rosemary.Setiap kali melihat album lama gambar-gambar sewaktu aku pulang dari hospital,umi pasti akan bercerita pasal Rosemary...

Monday, 17 October 2011

Kenali diri

         Sejak dari sekolah rendah,setiap penulisan aku,mesti cerita dulu tajuk kemudian,sepertinya juga aku membaca,mesti dari belakang dahulu baru kuhabiskan hingga kedepan,dan kebanyakkannya muka depan ada yang aku langsung tak baca pun,bila ditanya sahabat-sahabat atau keluarga aku hanya menjawab sambil tersenyum,"hmm dah tahu kesudahannya,akhirnya sipolan dengan sipolan berkahwin dan berbahagia"mungkin aku boleh memberi jawapan itu bila pembacaanku melibatkan novel atau buku-buku cerita,bagaimana pula dengan buku-buku bercorak ilmiah juga motivasi kegemaran aku,aku tetap juga memulainya dengan membacanya dari belakang,mungkin kerana ianya satu kebiasaan cuma yang aku tertanya-tanya,darimana dan apakah sebabnya kebiasaan itu bermula?...jom..tinggalkan sebentar kisah itu...apapun mungkin dari kebiasaan itu yang menampakkan sikapku yang tidak suka memikirkan hal dengan terlalu banyak...bukan tidak suka cuma aku tidak mahu sesuatu perkara itu mempengaruhi mindaku.Umi sering berkata padaku,bila aku melakukan sesuatu perkara,aku bagai dipagar oleh dawai renjatan elektrik,yang mana apapun perkara tidak boleh menjejaskan penumpuan aku,terutama ketika aku melukis atau menterjemah bahan bacaan,tapi...ada satu bunyi je yang akan buat aku terganggu...iaitu...meow,meow..kalau makhluk yang satu ini berbunyi aku akan jadi tak keruan,mesti ada yang tidak kena,mungkin lapar atau sakit,hmm mungkin juga dia dalam keadaan yang tidak selesa,kerana itulah,setiap kali aku mahu mulakan melakukan apa juga kerja yang memerlukan aku beri sepenuh tumpuan,aku akan pastikan kucing-kucing ini dalam keadaan kenyang..bersih dan dalam keadaan baik.sejam dua jam bersama mereka seusai subuh sebenarnya beri satu terapi,hatiku jadi lebih mudah tersentuh,jadi lebih peka,jadi lebih merasai betapa bernilainya kasih sayang itu..ianya membuat aku lebih menghargai erti kasih sayang itu...

     Ketika kami kecil abi selalu belikan kami suratkhabar,bukan abi yang baca,tapi dia akn panggil kami semua dan meletakkan suratkhabar itu ditengah-tengah,kemudian abi akan minta kami seorang demi seorang bermula dari kakak yang sulung membelek suratkhabar itu,yang lain akan memerhati,along memerhati sebentar muka surat depan kemudian terus kepada artikel yang digemarinya,along,lebih berminat pada kisah-kisah kemasyarakatan yang dipaparkan didada akhbar,angah sangat suka pada peraduan -peraduan teka silangkata,tu apa aje peraduan yang ada diakhbar itu,alang terus je pergi pada mukasurat  belakang iaitu ulasan-ulasan sukan,hmm sama pulak dengan acik,cuma acik ada lagi satu kolum kegemarannya,kebetulan sama pulak dengan aku iaitu..kartun..dan aku pula si puteri bongsu,tidak berapa menggemari akhbar,kecuali hari minggu,kerana ada cerpen dan puisi dan kartunnya juga agak banyak,dan ada kala ada resipi...kata abi sebenarnya apa yang kami minati sejak kecil kecil itu banyak mempengaruhi perwatakan kami bila kami mulai menginjak dewasa,dari situ abi dan umi belajar mengenali sifat sifat kami,...bila dah kenal baru mereka menyusun strategi untuk mendidik dan menceburkan kami kearah mana...dan hasilnya tentulah baik sekali kerana mereka mencelup emas dalam celupan emas,perak dalam celupan perak,cuma perlu menanbah beberapa bahan agar lebih bertahan dan lebih nampak kilatannya..jadi kita fikirlah sendiri jika emas dicelup perak,perak dicelup gangsa..mesti padanannya tidak akan menjadi....dan sesuatu itu tidak akan nampak impaknya...dan tidak akan menjadi seperti apa yng kita harapkan....
    
    
    

      

Sunday, 25 September 2011

.....ADA APA DENGAN HIJAU....




Salam alaik....hmm ada apa dengan hijau...jika diperhati dalam kehidupan kita seharian kita dikelilingi oleh kehijauan alam fauna.Hijau bagiku adalah satu warna yang penuh dengan simbolik..aah...hujau begitu bermakna dalam kehidupanku,dan aku tidak pernah jemu dengan warna hijau ini..tanpa warna hijau disekitarku,aku boleh lemas dan rasa hangat..Hijau untuk meredupkan suasana,mendamaikan jiwa yang memandangnya..dia seolah membelai jiwa yang sedang sarat dengan kedukaan..
     Ada apa dengan hijau..Hijau juga melambangkan perjuangan,dulu masa aku kecil,aku suka tengok drama Arab yang memang selalu disiarkan di tv,aku ingat lagi masa tu semua pejuang Islam memegang panji-panji yg berwarna hijau yang tertera kalimah ALLAH...salah seorang pejuang Islam itu memegang panji dan mara menuju pihakm lawan,mereka bertempur sambil memegang bendera ditangan kiri dan pedang ditangan kanan manakala busar panah tersandang di belakang..masih aku ingat lagi,salah seorang pejuang Islam itu dipotong pergelangan tangan kirinya tapi dia tetap juga pertahankan panji yang berlambangkan Islam dengan memegangnya secara mengepit di lengan,kemudian musuh memotong pula lengan kirinya,lantas dia lepaskan pedang dan meyambar panji hijau itu dengan tangan kanannya sambil melaungkan Allahu akbar! berulang kali,melihat keadaan itu datang lagi seorang musuh lalu mencantas tangan kanannya..sambil melaung Allahu Akbar! dia mencapai panji-papanji hijau yang tertera Kalimah "ALLAH"  itu dengan mulutnya.Pihak musuh semakin marah lalu memenggal kepalanya sebelum sempat bendera itu jatuh,seorang pejuang Islam yang lain menyambar dan menegakkan bendera itu dibukit yang agak tinggi...Allah....sayang sekali cerita tentang pejuang-pejuang Islam tidak lagi disiarkan sebagaimana dulu..menurut abangku waktu dia kecil dulu drama-drama Arab ini sangat banyak disiarkan waktu petang apatah lagi bulan di bulan Ramadhan.

     .Kini agak menyedihkan anak-anak hari ini disajikan dengan kisah kisah yang tidak mendatangkan manfaat buat diri mereka,cerita yang tidak mendidik jiwa dan hati mereka seperti kisah-kisah perjuangan Islam terdahulu.Yang agak banyak adalh bahan bacaan,yang tentu saja hanya segelintir yang benar-benar membacanya.Hmm kenapa ya..selalu sangat sesuatu perkara yang baik dan mendatangkan manfaat pada diri dan semua tidak dikekalkan kelangsungannya..buku buku agama disekolah dari tulisan jawi sepenuhnya ditukar ketulisan rumi...maka tinggallah kini generasi yang tidak tahu membaca dan menulis jawi dengan baik apatah lagi sempurna..huruf mim ditulis macam kepala taugeh je.....

    

    

.....Helang yang berubah.....




     Al-kisah tentang seekor helang yang tinggal di Amerika Utara yang mempunyai jangka hayat hingga 70 tahun.Tapi,untuk mencapai umur itu,helang perlu membuat keputusan yang maha berat.Ketika umurnya mencapai 40n tahun,paruhnya semakin panjang dan membengkok hingga menyukarkannya untuk mematuk makanan.Paruh itu malah amat menyakitinya hingga menyukarkannya untuk makan.manakala kuku kakinya yang selama ini digunakan untuk memegang makanan sudah tidak boleh digunakan untuk mengsenkam.Kukunya sudah membengkok menjadikannya sukar untuk memegang mangsa dengan kuat.
     Dengan peningkatan usia itu,bulu sayapnya menjadi semakin lebat dan begitu juga bulu dibadannya makin tebal,menjadikannya amat sukar untuk terbang dan melayang bebas di udara.Bulu yang tebal itu amat berat menghalangnya untuk terbang tinggi.Helang itu hanya ada dua pilihan,iaitu mati atau melalui proses perubahan yang amat menyakitkan untuk terus hidup.Tidak ada siapa yang boleh membantu kecuali helang membuat pilihan yang tepat untuk terus hidup selama 30 tahun lagi.
     Lalu dia memilih untuk terus hidup hingga 30 tahun lagi,dan dia sedar jika itu pilihannya banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.Helang pun terbang jauh ke puncak gunung dan duduklah dia disitu tanpa makan untuk memastikan dirinya lahir sebagai helang baru yang jauh lebih hebat.Helang pun mula bertindak untuk mengubah dirinya bermula dengan paruhnya dahulu.Paruh yang bengkok itu diketuk-ketukkan kebatu hingga tercabutlah paruh itu.Ia perlu menunggu hingga paruh baru tumbuh,kemudian dengan paruh  baru itulah ia mencabut kuku kakinya.Ia terpaksa menunggu lagi sehingga kukunya panjang.Kemudian dengan kuku barunya itu dia mulai mencabut pula bula bulunya yang cantik dan tebal itu hungga habis.Helang perlu menunggu lagi hingga bulu barunya tumbuh.
     selepas 150 hari barulah semua proses itu lengkap.Maka jadilah ia seekor helang baru yang jauh lebih hebat walaupun telah berusia 40 tahun.Untuk 30 tahun akan datang helang itu telah dilahirkan semula sebagai helang baru yang lebih hebat....

     Sebenarnya ini adalah sebuah kisah dongeng rakyat orang asli.Moral yang boleh diambil dari cerita ini adalah tentang pentingnya perubahan didalam kehidupan kita.Kenapa perlu berubah?Ya kita perlu berubah umtuk meneruskan kelangsungan hidup.Kadang-kadang ada banyak benda yang perlu dibuang  seperti kenangan lama,tabiat buruk dan amalan tradisi yang menghalang perubahan.Hanya setelah bebas dari halangan masa silam barulah boleh melihat dunia daripada pandangan mata burung,bukan katak dibawah tempurung...

.........MULIANYA RASULLULLAH s.a.w

"Jika anda kaya ,janganlah berbangga dengan kekayaan harta benda yang anda miliki.Ini kerana,boleh jadi harta tersebutlah yang menghalang jalan anda ke syurga atau sekurang-kurangnya harta tersebut menjadi penyebab anda merasakan neraka di "dunia"

     Rasullullah pernah mencium tangan seorang lelaki miskin yang pekerjaannya hanya membelah kayu.Lazimnya  orang ramai akan berebut mencuim tangan Nabi s.a.w,manusia mulia pilihan utusan Allah s.w.t.Ini kerana siapa yang pernah bersentuhan dengan kulit Nabi Muhammad s.a.w akan diharamkan keatasnya dari api neraka.Tetapi kali jelas Nabi Muhammad s.a.w manusia yang berakhlak paling mulia,yang mencium tangan orang biasa...
    
     Pada saat itu hari masih terang,sinar matahari masih memancar di tanah Madinah.Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabatnya baru pulang dari suatu peperangan.Semua orang di Madinah menyambut kepulangan Nabi Muhammad s.a.w.Semua orang berebut bersalaman dan mencium yangan Nabi Muhammad s.a.w,sehingga datanglag seorang lelaki kelihatan berpakaian lusuh dan amat sederhana.Dari penampilannya orang sudah dapat mengagakbahawa dia dari kalangan orang kurang mampu.Lelaki miskin tersebut berusaha bersalam dan mencium tangan Nabi s.a.w,namun Nabi s.a.w.tidak mahu menerimanya.maka wajah lelaki miskin itu berubah muram kerana kecewa.Akan tetapi Nabi Muhammad s.a.w kemudian mengambil tanga lelaki tersebut dan menggengamnya dengan erat dan mesra lalu menciumnya.Ya Allah..sukanya lelaki itu..pancaran sinar kebahagiaan pun bersinar dari wajah lelaki itu.Sepasang matanya hampir berkaca-kaca kerana bangganya pada perlakuan Rasullullah   terhadap dirinya.

     Ketika bersentuhan tangan dengan lelaki miskin itu.Nabi Muhammad s.a.w merasakan tangannya amat kasar.Rasulullah meraba dan mengelus telapak tangan lelaki itu,kemudia Nabi s.a.w. bertanya"Mengapa tanganmu kasar sekali?.Terdapat sedikit perasaan kurang senang tentunya bagi lelaki itu kerana perlu bersalam dengan tangan Nabi s.a.w dalam keadaan tapak tangannya yang sangat kasar itu.sambil menahan rasa terharu kerana bahagia dapat bertemu dengan Rasullullah,lelaki itu menjawab"Ya Rasullullah pekerjaan saya ini setiap harinya adalah membelah batu.Batu yang dibelah itu saya jual kepasar,lalu hasilnya saya gunakan untuk memberi nafkah kepada keluarga saya.Oleh kerana itulah tangan saya kasar"

     Mendengar lelaki miskin itu bercerita tentang dirinya,bagaimanakah sikap nabi s.a.w?manusia paling mulia,utusan Allah yang mempunyai akhlak paling agung dan tidak ada yang dapat menandingi keluhuran budi pekerti  baginda,...Nabi Muhammad s.a.w berkali -kali mencium tangan si lelaki miskin itu,bahkan sesekali baginda mengeluskan tangan kasar si lelaki itu ke wajah baginda.Sambil tersenyum dan menatap    si lelaki dengan tatapan penuh kasih sayang,Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkata"Hadzihi yadun la tamatsaha narun abada" inilah tangan yang tidak akan sesekali disentuh api neraka buat selama-lamanya"

Bekerja keras membanting tulang,memerah keringat serta berpeluh dan panas berdebu sehingga kulit kita terkelupas dan melepuh kerana mencari nafkah merupakan perkara yang amat dicintai Rasullullah s.a.w.Terlampau cintanya,baginda rela bersalam dan mencium kulit orang yang kasar kerana berjuang mencari nafkah.Berita gembira pun terlontar dari lidah Nabi Muhammad s.a.w"Inilah tangan yag tidak akan sesekali disentuh api neraka selama-lamanya"

     Itulah tangan yang sentiasa digunakan untuk bekerja,mencari nafkah demi menyara diri dan keluarga.Itulah kulit yang dicintai Nabi Muhammad s.a.w,kulit yang menjadi hitam terbakar dek matahari,bukan kulit yang putih kerana takut dibakar kepanasan.tangan yang dicintai Nabi s.a.w adalah tangan yang kasar dan keras beserta kulit yang melepuh kerana mencari nafkah mendapatkan rezeki.Bukan tangan yang lembut yang berkali-kali membuka ayat-ayat Al-Quran,tetapi membiarkan keluarganya kelaparan.Bukan pula tangan yang hanya sekali tandatangan,lalu ratusan juta ringgit boleh mengalir.....................

     Rasullullah s.a.w melihat seseorang pada perjuangannya bukan  pada apa yang dimiliki dan dihasilkan,serta bukan pada kaya atau miskinnya seseorang.Orang yang bekrja keras bersusah payah mencari nafkah jauh lebih dicintai Allah  dan Rasullullah.......                     


    

Sunday, 18 September 2011

.............Jangan Tengok Sahaja..........

 "Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
          "Demi kemuliaan-Ku dan demi kebesaran-Ku,Aku akan menimpakan balasan berat keatas penzalim di dunia dan akhirat.Dan aku juga akan membalas orang yang melihat seseorang yang teraniaya dan ia dapat menolongnya tetapi ia tidak menolong"(Riwayat al-tabrani)

          Rumah kami letaknya diatas bukit  yang mana dibawahnya adalah highway yang kiri kananya adalah pokok-pokok.Sepanjang kami tinggal disini beberapa tahun yang lalu,sebenarnya telah banyak kejadian-kejadian terutama kemalangan ngeri yang sering berlaku,dan selalunya kami dan beberapa jiran terdekat orang terawal yang akan turun kebawah memberi pertolongan.Dua kejadian yang tidak mungkin aku lupa pada januari 2010 ketika itu kami sedang menikmati minum petang tiba-tiba kami tersentak bila mendengar bunyi brek yg agak mencemaskan dan diikuti dentuman kuat,Abi lantas membaca doa kerana tahu satu kemalngan telah terjadi.Satu kemalangan dashyat yang telah meragut nyawa dua insan,seorang tercampak keluar,seorang lagi tersepit ditempat pemandu dan dua dibelakang meraung kesakitan.

     Kereta wira yang dinaiki 4 pemuda itu telah melanggar pembahagi jalan dan ternaik keatas pembahagi jalan dan mermpuh pokok,yang mengakibatkan kereta itu hampir terbelah dua,Allah....sesungguhnya tida daya upya bagi kami Ya-Allah melainkan dengan pertolongan-Mu...Abi menelofon bomba dan ambulan,melihat keadaan jalan yang sudah sesak,aku terfikir bagaimana ambulan dan pihak bomba akan boleh sampai dalam waktu yang terdekat walau jarak balai bomba dan poliklinik tidak sampai 1 kilometer dari tempat kejadian..

          Tiada apa yang mampu kami lakukan kecuali menenangkan mereka kerana kami tidak dapt keluarkan mereka dari kenderaan kerana mereka tersepit dan kereta itu perlu dipotong.dan berdoa moga bantuan cepat sampai,melihat keadaan mereka yang semakin melemah aku tidak mampu lagi menahan air mata..Ya Allah bantu mereka..dan mereka kelihatan tenang bila dikhabarkan bantuan sudah hampir tiba..
"Allah berfirman"
                      "dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar.Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan inna lillah wainna ilaihi raaji'uun."mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"(al-Baqarah:155-157)

                      "Dan barang siapa  yang bersabar,maka Allah membuatnya bersabar dan Allah tidak memberi pada siapapun imbalan yang lebih baik dan lebih luas daripada ganjaran kesabaran"(h.r Bukhari dan muslim).

Dan satu "keindahan" yang aku lihat,betapa sikap mengambil berat dan menghulurkan pertolongan ini masih lagi tebal dikalangan umat manusia hari ini walaupun berhadapan dengan berbagai krisis politik,sikap tidak mementingkan diri dibuang jauh,seorang pemandu lori berbangsa India dengan sukarela mengawal laulintas agar kenderaan semua kebahu jalan bagi memberi laluan kepada pasukan keselamatan juga paramedik,dan tanpa bantahan dengan membuang segala ego,walau pemilik kenderaan mewah semua akur dengan arahan pemandu lori berbangsa India itu agar meletakkan kereta dibahu jalan,atau diarah agar meneruskan perjalanan supaya tidak timbul kesesakan.Jelas sekali disini yang penting pada waktu ini bukan warna kulit,bukan status,bukan parti politik..tapi Nyawa...masing-masing berebut memberi pertolonghan sekadar terdaya dan aku sangat yakin apa yang ada dalam hati mereka dan apa yang ada didalam hatiku adalah berharap mereka semua akan terselamat...dan bagiku...bagi mereka yang tinggal syukurlah kerana diberi peluang kedua untuk lebih menambah amal kebaikan dan meninggalkan segala yang mungkar agar lebih bersedia untuk menghadapi perjalanan "kesana" bagi yang telah pergi.aku berharap agar kesemuanya mendapat keampunan Ilahi dan pergi menujunya dalam  keadaan"khusnul Khotimah"

      "Sesungguhnya perjalanan menuju alam akhirat tidak diketahui asal mulanya oleh manusia selain Allah,seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dan sunnah.Akan tetapi Allah memberikan tanda-tanda atas dekatnya akhirat itu seperti peperangan dan semua ini telah berlaku sebagai sunnatullah dan semua manusia mempercayai terhadap itu semua.Ini semua telah terjadi dalam urusan-urusan manusia dan telah tergambar dalam fikiran dan pandangan mereka,seperti matinya bayi dan pemuda serta dipanjangkan usia orang-orang tua dan putus asanya para doktor  untuk menyembuhkan penyakit orang-orang tua tersebut.Dari mereka ada yang mati secara tiba-tiba dan ada pula yang diakhirkan  kerana dosa-dosanya kepada manusia....Allah...

Wednesday, 14 September 2011

KUCING...OH...KUCING

Saya ada kucing.
namanya comel..bulu warna putih
cantik dipandang..
saya bagi makan nasi campur ikan
bila saya panggil,dia pun datang
tersangat manjanya,saya pun sayang...

Ni sebenarnya lagu pertama aku belajar ditadika,ianya tentang makhluk yang sangat istimewa dan cukup manja iaitu "kucing"sejak kecil aku memang dah sanagt menyintai makhluk Allah yang satu ini..umi kata,memang aku makan dengan kucing,tidur dengan kucing dan banyak aktiviti aku adaah bersama-sama dengan kucing..yang bestnya waktu aku mula"solat"kucing kesayangan aku waktu itu yg aku beri nama"hijau"setia menunggu ditepi sejadah sehingga aku selesai..hmm kenapa kucing tu bernama hijau walaupun bulunya berwarna putih..hmm ini kerana aku cat bulu kucing itu dengan cat yang berwarna "hijau" kerja ni asalnya aku tidak melakukannya sendiri,tapi dengan seorang sepupu,fahaman kanak-kanak ku waktu itu adalah,kucing asalnya warna putih jadi kalau nak warna apa kita catla...macam kita cat rumah,corakkan batik,warnakan kertas...dan macam-mcam...

Pendekkan cerita lepas cat "si hijau" kami keringkan bulunya dengan mengipas ngipas guna kertas keras dan kipas tangan,,,mengiau-ngiau "sihijau"nampak macam kesejukan,yalah kerana bulunya semua dah basah"aku mula panik dan kesian'waktu tu juga aku menangis,aku lap badan"sihijau "dengan tudung kecil yang aku pakai...hmm walaupun masih kanak-kanak umi tak benarkan kami tanggal tudung jika berada diluar rumah..walau kami belum berdosa tapi umi kata,kami akan dapat pahala menutup aurat,

"Si hijau"makin kuat menangis,kerana ketakutan dan tahu apa yng kami buat ini salah sepupu aku tadi lari pulang kerumah,tinggalla aku sorang memujuk "sihijau",tidak tahu apa lagi nak buat aku bungkus "sihijau"dengan kertas suratkhabar dan bawanya masuk kebilik,asalnya aku nak minta tolong kakak keringkan bulunya,aku ingat yang aku selalu ternampak kakak keringkan rambutnya dengan pengering rambut,Kerana cuai cat yang melekat dibulu "sihijau"menitis nitis atas lantai.mula dari ruang belakang hinggalah kedalam bilik..Apalagi kebetulan waktu itu memang umi sedang diruang tamu,dan ternampak cat hijau yang menitik nitik,lalu umi datang dapatkan aku yang baru saje melatakkan Sihijau"diatas tilam.....

"Adikkkkk!!!! umi menjerit,terkejut melihat kucing yang diatas tilam semakin lemah kesejukan,tanpa buang masa umi ambil minyak tanh dan beberapa helai kain,dan minta aku membantunya membersihkan kembali bulu kucing itu.hmmm hampir setengah petang bertungkus lumus dapatlah juga aku dan umi bersihkan kemabli bulu kucing itu,tapi tidaklah 100% masih tinggal lagi di tmpat tempat yang agak sukar dicapai yg agak hampir dengan kulit..sambil sambil bersihkan,berderai juga dan tersedu sedan juga bila ditazkirah umi tentang kejadian kucing,bila dah selesai dan bulu kucing dah dikeringkan,bulunya yag bercat bertepek-tepek melekat antara satu sama lain,kerana aku tak guna cat kapur tapi cat minyak yang memnag banyak Abi simpan dalam stor.."satu ayat akhir umi yang memberi kesan kepadaku hingga kini,kata umi"lain kali kalau tak pandai jangan nak memandai,kerana boleh membahayakan orang lain,dan Allah dah jadikan kucing tu berwarna putih tak bolehla kita nak ubah lagi ciptaan Allah itu,kerana semua ciptaan Allah adalah yang terbaik"
  Bila abi balik umi ceritakan hal itu,kemudian abi lantas tarik tanganku masuk kereta"terkejut juga ingatkan nak kena jual dah kerana "nakal"rupa-rupanya abi bawa aku kepasar..tujuan apa?kutip anak-anak kucing yang ada dan bawa balik kerumah,sambil gelak abi kata"adik kena jaga kucing-kucing ni sebagai penebus dosa,sebab adik dah aniaya salah seorang rakan sejenis mereka...
    Maka dengan itu bermulalh episod aku dan kucing kucing yang kini dah jejak 38 ekor kesemuanya,dan benar seekor pun anak kucing dan kucing yang aku jumpa tiada yang berwarna hijau...banyak perkara aku be;ajar,dan banyak ilmu yang aku perolehi bila membesar dengan kucing..dan nyata sekali kucing adalah sangat istimewa bagiku...