"Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Demi kemuliaan-Ku dan demi kebesaran-Ku,Aku akan menimpakan balasan berat keatas penzalim di dunia dan akhirat.Dan aku juga akan membalas orang yang melihat seseorang yang teraniaya dan ia dapat menolongnya tetapi ia tidak menolong"(Riwayat al-tabrani)
Rumah kami letaknya diatas bukit yang mana dibawahnya adalah highway yang kiri kananya adalah pokok-pokok.Sepanjang kami tinggal disini beberapa tahun yang lalu,sebenarnya telah banyak kejadian-kejadian terutama kemalangan ngeri yang sering berlaku,dan selalunya kami dan beberapa jiran terdekat orang terawal yang akan turun kebawah memberi pertolongan.Dua kejadian yang tidak mungkin aku lupa pada januari 2010 ketika itu kami sedang menikmati minum petang tiba-tiba kami tersentak bila mendengar bunyi brek yg agak mencemaskan dan diikuti dentuman kuat,Abi lantas membaca doa kerana tahu satu kemalngan telah terjadi.Satu kemalangan dashyat yang telah meragut nyawa dua insan,seorang tercampak keluar,seorang lagi tersepit ditempat pemandu dan dua dibelakang meraung kesakitan.
Kereta wira yang dinaiki 4 pemuda itu telah melanggar pembahagi jalan dan ternaik keatas pembahagi jalan dan mermpuh pokok,yang mengakibatkan kereta itu hampir terbelah dua,Allah....sesungguhnya tida daya upya bagi kami Ya-Allah melainkan dengan pertolongan-Mu...Abi menelofon bomba dan ambulan,melihat keadaan jalan yang sudah sesak,aku terfikir bagaimana ambulan dan pihak bomba akan boleh sampai dalam waktu yang terdekat walau jarak balai bomba dan poliklinik tidak sampai 1 kilometer dari tempat kejadian..
Tiada apa yang mampu kami lakukan kecuali menenangkan mereka kerana kami tidak dapt keluarkan mereka dari kenderaan kerana mereka tersepit dan kereta itu perlu dipotong.dan berdoa moga bantuan cepat sampai,melihat keadaan mereka yang semakin melemah aku tidak mampu lagi menahan air mata..Ya Allah bantu mereka..dan mereka kelihatan tenang bila dikhabarkan bantuan sudah hampir tiba..
"Allah berfirman"
"dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar.Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan inna lillah wainna ilaihi raaji'uun."mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"(al-Baqarah:155-157)
"Dan barang siapa yang bersabar,maka Allah membuatnya bersabar dan Allah tidak memberi pada siapapun imbalan yang lebih baik dan lebih luas daripada ganjaran kesabaran"(h.r Bukhari dan muslim).
Dan satu "keindahan" yang aku lihat,betapa sikap mengambil berat dan menghulurkan pertolongan ini masih lagi tebal dikalangan umat manusia hari ini walaupun berhadapan dengan berbagai krisis politik,sikap tidak mementingkan diri dibuang jauh,seorang pemandu lori berbangsa India dengan sukarela mengawal laulintas agar kenderaan semua kebahu jalan bagi memberi laluan kepada pasukan keselamatan juga paramedik,dan tanpa bantahan dengan membuang segala ego,walau pemilik kenderaan mewah semua akur dengan arahan pemandu lori berbangsa India itu agar meletakkan kereta dibahu jalan,atau diarah agar meneruskan perjalanan supaya tidak timbul kesesakan.Jelas sekali disini yang penting pada waktu ini bukan warna kulit,bukan status,bukan parti politik..tapi Nyawa...masing-masing berebut memberi pertolonghan sekadar terdaya dan aku sangat yakin apa yang ada dalam hati mereka dan apa yang ada didalam hatiku adalah berharap mereka semua akan terselamat...dan bagiku...bagi mereka yang tinggal syukurlah kerana diberi peluang kedua untuk lebih menambah amal kebaikan dan meninggalkan segala yang mungkar agar lebih bersedia untuk menghadapi perjalanan "kesana" bagi yang telah pergi.aku berharap agar kesemuanya mendapat keampunan Ilahi dan pergi menujunya dalam keadaan"khusnul Khotimah"
"Sesungguhnya perjalanan menuju alam akhirat tidak diketahui asal mulanya oleh manusia selain Allah,seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dan sunnah.Akan tetapi Allah memberikan tanda-tanda atas dekatnya akhirat itu seperti peperangan dan semua ini telah berlaku sebagai sunnatullah dan semua manusia mempercayai terhadap itu semua.Ini semua telah terjadi dalam urusan-urusan manusia dan telah tergambar dalam fikiran dan pandangan mereka,seperti matinya bayi dan pemuda serta dipanjangkan usia orang-orang tua dan putus asanya para doktor untuk menyembuhkan penyakit orang-orang tua tersebut.Dari mereka ada yang mati secara tiba-tiba dan ada pula yang diakhirkan kerana dosa-dosanya kepada manusia....Allah...





No comments:
Post a Comment