Tuesday, 6 September 2011

APAKAH WARNA PILIHAN KEHIDUPAN KITA..

     Nabi Muhammad s.a.w berkata seperti yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim,yang bermaksud"Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih.Maka ibubapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi,Nasrani ataupun Majusi"

     Melalui hadis ini,kita dapat memahami satu kenyataan iaitu anak-anak adalah umpama kain putih.Ia dapat dicorakkan dengan warna apa saja mengikut kemahuan ibubapa.Sekiranya diwarnakan hitam,maka hitamlah ia.Sekiranya diwarnakan putih maka putihah ia dan sebagainya.Dalam erti kata lain,bentuk didikan yang diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak adalah penentu samaada seseorang anak itu orang yang baik,berjaya atau sebaliknya.

     Kita sudah seringkali mendengar hadis ini.Biarpun pelbagai tafsiran yang terkandung didalamnya,pernahkah kita menganalisis secara mendalam maksud dari sudut pandangan warna?Kata "suci bersih" mengingatkan kita kepada warna 'putih' ini bukan hanya menggambarkan keaslian dan fitrah kejadian yang belum tercorak,ia juga menggambarkan suatu asas ilmu warna.Putih adalah warna yang belum berubah menjadi warna lain ataupun warna asas yang tersedia bagi dicorakkan.Secara kias,maksud corak pada hadis ini menggambarkan kewujudan warna-warna lain seperti warna-warna yang ada dalam kejadian dan keindahan alam.

     Hadis ini juga memberi gambaran mengenai sebuah perjalanan manusia yang bermula daripada bayi.Perkembangan kita dari satu tahap umpama mencorakkan kehidupan kita dialam ini.Malah,kita dianugerahkan penglihatan bagi membolehkan kita mengenali warna-warna alam yang berada disekeliling kita.Bermula dari alam kegelapan yang tiada warna semasa didalam kandungan ibu,kita memasuki alam penuh warna tatkala lahir kedunia.Bermula daripada ketidakfahaman minda mentafsir dan menamakan satu persatu warna-warna itu.Kita mula kenal alam dengan label-labelnya,Awan itu biru,daun dan pohon pohon itu hijau,tanah yang kehitaman senja yang kemerahan dan sebagainya.

     Tidak cukup dengan itu,Tuhan menganugerahkan manusia dengan cahaya ilmu sebagai penunjuk jalan.Diturunkan  Al-Quran sebagai rujukan dan panduan.Padanya terdapat perlbagai maklumat,sejarah,panduan,arahan dan pedoman hidup.Padanya juga dicorakkan kisah dan tauladan sebagai gambaran apa yang mungkin tidak terfikir dan tidak oleh pandangan manusia.

     Maka,apakah sebenarnya aspek warna ini kepada manusia?Adakah sekadar menghayati keindahan alam yang dapat dijiwai pancaindera?atau adakah ia punya kesan lain yang lebih darpada itu?

No comments:

Post a Comment