Dalam zaman ini sebahagian wanita muslimah berada dalam "keanehan".Dalam beberapa perkara mereka sangat serius dan dalm hal lainnya mereka sangat kurang dan jauh dari nilai-nilai agama...
Sebagai contoh,kita boleh menyaksikan seorang wanita muslimah yang solehah,melaksanakan syiar-syiar Islam,namun tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan mulut dan dirinya,atau sebaliknya begitu besar perhatiannya terhadap kesihatan dan kebersihan dirinya tapi melalaikan ibadah dan pelaksanaan syiar-syiar Islam.Contoh lain pula kita dapati ada muslimah mencurahkan perhatiannya pada ibadah tapi tidak mempunyai pandangan yang benar tentang islam yang menyeluruh"bagaimana Islam menyikapi alam,kehidupan dan manusia".Ada yang semangat belajar Islamnya baik,sering menghadiri kuliah dan majlis-majlis ilmu,tapi tidak menjaga lisannya dari ghibah dan namimah.
Ada yang hubungan peribadinya dengan Allah s.w.t baik,tetapi tidak menjaga hubungan baik dengan tetangga dan teman-temannya,Ada yang hubungannya dengan teman-teman dan tetangga baik tapi tidak melaksanakan dengan baik hak-hak orang tuanya.Ada yang berbakti kepada orang tuanya tetapi tidak memenuhi hak-hak suaminya.Tampil dengan dandanan indah ketika menghadiri pertemuan-pertemuan dengan para wanita tetapi tidak pernah memperbaiki penampilannya didepan suaminya.Ada yang berbakti kepada suaminya tetapi tidak membantu suaminya untuk berbakti kepada kedua orang tuanya,atau tidak menyokong suaminya untuk berbuat kebajikan,bertakwa dan beramal soleh.
Ada yang berbakti kepada suaminya tetapi kurang memperhatikan pembentukan keperibadian anak-anaknya,kurang mempraktikkan perkembangan kejiwaan dan akal mereka.Kurang memperhatikan lingkungan sekitarnya yang memberikan pengaruh kepada anak-anaknya,dan ada pula yang memperhatikan dan menitikberatkan itu semua tetapi kurang silaturahimmnya kepada saudara-saudaranya.
Ada yang silaturrahim terhadap keluarganya baik,tetapi hubungan dengan linkungan sekitarnya tidak baik,sibuk dengan urusan peribadinya.Tidak peduli dengan persoalan kaum muslimin dan muslimat.
Ada yang memperhatikan persoalan peribadi dan umat Islam tetapi kurang memperhatikan pengembangan dan pengetahuannya,tidak menambah pengetahuannya dengan menghadiri kuliah serta majlis2 ilmu juga membaca.
Ada yang memperhatikan persoalan peribadi dan umat Islam tetapi kurang memperhatikan pengembangan dan pengetahuannya,tidak menambah pengetahuannya dengan menghadiri kuliah serta majlis2 ilmu juga membaca.
Ada yang sibuk dengan belajar dan bekerja tetapi mengabaikan urusan rumahtangga,anak-anak dan suaminya...
"Kalau kita merasa hairan dari ini semua,kehairanan kita akan bertambah ketika kita mengetahui bahawa itu semua muncul dari para wanita muslimah yang mempunyai tahap kesedaran yang cukup baik terhadap agama ini.Dari para wanita muslimah yang tumbuh dalam linkungan Islam dan memiliki bekal pengetahuan agama yang tidak sedikit! pandangan yang utuh yang telah diajarkan Islam.Pandangan yang menyeluruh tentang manusia,kehidupan,dan alam sekelilingnya.pandangan yang mendorong seseorang untyuk melihat segala sesuatu dengan seimbang.Tidak mengutamakan satu aspek dengan mengorbankan aspek yag lain.
Orang-orang yang memerhatikan dengan cermat ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis akan mendapati begitu banyak dalil yang menjelaskan perilaku yang seharusnya dimiliki wanita muslimah dalam hubungannya dengan Tuhannya,pembentukan peribadinya dan hubungannya dengan orang lain.Tatacara hidup yang mengatur segala sesuatu dsari yang besar sampai yang kecil.semua nas tersebut akan memberikan rambu-rambu yang membawa kepada kehidupan yang terarah dan seimbang.Kehidupan yang menjamin kebahgiaan .kejayaan didunia dan kejayaan yang sangat besar dihari kemudian.
Semua ini telah digariskan oleh Islam dalam Al-Quran dan sunnah akn mengantarkan seorang wanita muslimah mendapatkan keperibadiannya yang asli.Keperibadian yang selaras dengan fitrahnya.Sehingga melahirkan wanita muslimah yang unggul,mulia dan istimewa dalm perasaan,pemikiran perilaku dan hubungannya.
Mencpai tahap tersebut adalah penting bagi kehidupan umat manusia secara umum kerana wanita mempunyai pengaruh yang sangat besar bagi kehidupan generasi yang akan datang,mencetak para pejuang,menanamkan nilai-nilai,menghiasi kehidupan dengan cinta,kasih sayang dan keindahan serta memenuhi rumahtangga dengan rasa aman,tenang,tenteram dan damai.
Wanita muslimah adalah satu-satunya wanita yang sanggup menerangi dunia wanita moden yang telah jenuh dengan falsafah "materialisme" dan pola hidup jahilliyah yang mendominasi kehidupan masa kini.Perkara itu dengan mengenalkan dirinya,menghadapkan dirinya pada sumber pemikiran yang murni untuk kemudian menata kembali keperibadiannya yang asli iaitu keperibadian yang telah dibentuk oleh AL-QURAN dan AS-SUNNAH.
Mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan taufiq kepada kita semua untuk istiqamah dalam agama yang telah dibawa Rasul-NYA s.a.w.
"jika kita terlanjur berbuat salah,maka belajarlah dari kesalahan itu,kemudian elakkan melakukan kesilapan serupa sesudah mengambil pengajaran darinya"
"orang yang didalamnya tidak ada keindahan,maka ia tidak akan dapat melihat sebarang keindahan alam semesta"
"kenalilah Allah dalam suka,maka Ia akan mengenalmu dalam duka"
"kenalilah Allah dalam suka,maka Ia akan mengenalmu dalam duka"








No comments:
Post a Comment