Tuesday, 6 September 2011

ORANG BUTA DAN WARNA

     Tahukah sahabat sekalian orang buta juga dapat melihat warna?Walaupun caranya  dengan kita berbeza,tetapi mereka juga sebenarnya dapat mentafsir sifat warna.Dalam keadaan tertentu mereka mentafsir sifat warna berdasarkan deria mereka yang lain.
     Warna adalah berkaitan dengan spektrum,dan spektrum adalah gelombang.Sifat gelombang pula dapat dikesan oleh mata dan pada masa yang sama juga dikesan oleh deria bau pada hidung serta deria rasa pada kulit.Pada ukuran yang lebih tinggi telinga merakamnya sebagai bunyi.
      Melalui deria kulit,sesuatu gelombang elektromagnetik itu diterima ataupun dirakam.Getaran ini seterusnya dihantar melalui saraf ke sistem minda manusia bagi ditafsirkan.Melalui cara inilah seorang buta dapat "melihat alam ini"
     Bagaiman deria kulit mentafsir adalah berdasarkan sifat cahaya yang diterimanya.Contohnya apabila siang,orang buta dapat mentafsir cahaya dari sifat panas yang terasa daripada getaran cahaya.Malah dria rasa melalui organ kulit seorang buta adalah berkali-kali lebih peka daripada manusia biasa.
     Boleh dikatakan,melalui kelebihan pancaindera yang lain,orang buta masih dapat mentafsir kehadiran warna pada alam,walaupun cara mereka melihatnya berbeza dengan anugerah penglihatan manusia normal.mereka menikmati keindahan alam ini melalui cara mereka yang tersendiri....
     Melalui pengalaman mimpi sebagai analogi,manusia mendapat berbagai kisah dan fenomena yang seolah-olah terjadi secara realiti dialam nyata.Segalanya dapat dilihat dengan jelas seperti ia benar-benar berlaku.Sedangkan hakikatnya bukan melalui mata kerana kita sedang pejamkan mata ketika tidur.Memahami proses ini membuatkan kita dapat memahami bagaimana orang buta melihat melalui cara mereka yang tersendiri.....SUBHANALLAH....Begitulah kehebatan penciptaannya yang Maha Adil kepada sekalian makhluk.....ALLAHHU AKHBAR!!!!!!!!!!!

APAKAH WARNA PILIHAN KEHIDUPAN KITA..

     Nabi Muhammad s.a.w berkata seperti yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim,yang bermaksud"Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih.Maka ibubapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi,Nasrani ataupun Majusi"

     Melalui hadis ini,kita dapat memahami satu kenyataan iaitu anak-anak adalah umpama kain putih.Ia dapat dicorakkan dengan warna apa saja mengikut kemahuan ibubapa.Sekiranya diwarnakan hitam,maka hitamlah ia.Sekiranya diwarnakan putih maka putihah ia dan sebagainya.Dalam erti kata lain,bentuk didikan yang diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak adalah penentu samaada seseorang anak itu orang yang baik,berjaya atau sebaliknya.

     Kita sudah seringkali mendengar hadis ini.Biarpun pelbagai tafsiran yang terkandung didalamnya,pernahkah kita menganalisis secara mendalam maksud dari sudut pandangan warna?Kata "suci bersih" mengingatkan kita kepada warna 'putih' ini bukan hanya menggambarkan keaslian dan fitrah kejadian yang belum tercorak,ia juga menggambarkan suatu asas ilmu warna.Putih adalah warna yang belum berubah menjadi warna lain ataupun warna asas yang tersedia bagi dicorakkan.Secara kias,maksud corak pada hadis ini menggambarkan kewujudan warna-warna lain seperti warna-warna yang ada dalam kejadian dan keindahan alam.

     Hadis ini juga memberi gambaran mengenai sebuah perjalanan manusia yang bermula daripada bayi.Perkembangan kita dari satu tahap umpama mencorakkan kehidupan kita dialam ini.Malah,kita dianugerahkan penglihatan bagi membolehkan kita mengenali warna-warna alam yang berada disekeliling kita.Bermula dari alam kegelapan yang tiada warna semasa didalam kandungan ibu,kita memasuki alam penuh warna tatkala lahir kedunia.Bermula daripada ketidakfahaman minda mentafsir dan menamakan satu persatu warna-warna itu.Kita mula kenal alam dengan label-labelnya,Awan itu biru,daun dan pohon pohon itu hijau,tanah yang kehitaman senja yang kemerahan dan sebagainya.

     Tidak cukup dengan itu,Tuhan menganugerahkan manusia dengan cahaya ilmu sebagai penunjuk jalan.Diturunkan  Al-Quran sebagai rujukan dan panduan.Padanya terdapat perlbagai maklumat,sejarah,panduan,arahan dan pedoman hidup.Padanya juga dicorakkan kisah dan tauladan sebagai gambaran apa yang mungkin tidak terfikir dan tidak oleh pandangan manusia.

     Maka,apakah sebenarnya aspek warna ini kepada manusia?Adakah sekadar menghayati keindahan alam yang dapat dijiwai pancaindera?atau adakah ia punya kesan lain yang lebih darpada itu?

TEKA TEKI DALAM DIRI...

Mampukah kita?
mentauhidkan fatwa
dalam satu
menyeribukan kemungkinan


ketetapan mula bercabang
terkapai membawa haluan
ternyata kini
tidak lagi seiringan


dalam medan kebarangkalian ini
kita mencaturkan hidup
lalu wajarkah kita
terus berdiam
atau sekadar
mencacak sokongan?


pastinya kita tidak mahu dipesongkan
oleh putar belit alam
tapi wajarkah dalam situasi sebegini
kita terus menjarakkan diri?!


alangkah seksanya
dalam kekalutan ini
mencari wadah peneguh diri!

Monday, 5 September 2011

PERIBADI SEORANG MUSLIMAH....yang mana peribadi kita

    Dalam zaman ini sebahagian wanita muslimah berada dalam "keanehan".Dalam beberapa perkara mereka sangat serius dan dalm hal lainnya mereka sangat kurang dan jauh dari nilai-nilai agama...
  Sebagai contoh,kita boleh menyaksikan seorang wanita muslimah yang solehah,melaksanakan syiar-syiar Islam,namun tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan mulut dan dirinya,atau sebaliknya begitu besar perhatiannya terhadap kesihatan dan kebersihan dirinya tapi melalaikan ibadah dan pelaksanaan syiar-syiar Islam.Contoh lain pula kita dapati ada muslimah mencurahkan perhatiannya pada ibadah tapi tidak mempunyai pandangan yang benar tentang islam yang menyeluruh"bagaimana Islam menyikapi alam,kehidupan dan manusia".Ada yang semangat belajar Islamnya baik,sering menghadiri kuliah dan majlis-majlis ilmu,tapi tidak menjaga lisannya dari ghibah dan namimah.

    Ada yang hubungan peribadinya dengan Allah s.w.t baik,tetapi tidak menjaga hubungan baik dengan tetangga dan teman-temannya,Ada yang hubungannya dengan teman-teman dan tetangga baik tapi tidak melaksanakan  dengan baik hak-hak orang tuanya.Ada yang berbakti kepada orang tuanya tetapi tidak memenuhi hak-hak suaminya.Tampil dengan dandanan indah ketika menghadiri pertemuan-pertemuan dengan para wanita tetapi tidak pernah memperbaiki penampilannya didepan suaminya.Ada yang berbakti kepada suaminya tetapi tidak membantu suaminya untuk berbakti kepada kedua orang tuanya,atau tidak menyokong suaminya untuk berbuat kebajikan,bertakwa dan beramal soleh.

   Ada yang berbakti kepada suaminya tetapi kurang memperhatikan pembentukan keperibadian anak-anaknya,kurang mempraktikkan perkembangan kejiwaan dan akal mereka.Kurang memperhatikan lingkungan sekitarnya yang memberikan pengaruh kepada anak-anaknya,dan ada pula yang memperhatikan dan menitikberatkan itu semua tetapi kurang silaturahimmnya kepada saudara-saudaranya.

  Ada yang silaturrahim terhadap keluarganya baik,tetapi hubungan dengan linkungan sekitarnya tidak baik,sibuk dengan urusan peribadinya.Tidak peduli dengan persoalan kaum muslimin dan muslimat.

     Ada yang memperhatikan persoalan peribadi dan umat Islam tetapi kurang memperhatikan pengembangan dan pengetahuannya,tidak menambah pengetahuannya dengan menghadiri kuliah serta majlis2 ilmu juga membaca.

   Ada yang sibuk dengan belajar  dan bekerja tetapi mengabaikan urusan rumahtangga,anak-anak dan suaminya...

   "Kalau kita merasa hairan dari ini semua,kehairanan kita akan bertambah ketika kita mengetahui bahawa itu semua muncul dari para wanita muslimah yang mempunyai tahap kesedaran yang cukup baik terhadap agama ini.Dari para wanita muslimah yang tumbuh dalam linkungan Islam dan memiliki bekal pengetahuan agama yang tidak sedikit! pandangan yang utuh yang telah diajarkan Islam.Pandangan  yang menyeluruh tentang manusia,kehidupan,dan alam sekelilingnya.pandangan yang mendorong seseorang untyuk melihat segala sesuatu dengan seimbang.Tidak mengutamakan satu aspek dengan mengorbankan aspek yag lain.

    Orang-orang yang memerhatikan dengan cermat ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis akan mendapati begitu banyak dalil yang menjelaskan perilaku yang seharusnya dimiliki wanita muslimah dalam hubungannya dengan Tuhannya,pembentukan peribadinya dan hubungannya dengan orang lain.Tatacara hidup yang mengatur segala sesuatu dsari yang besar sampai yang kecil.semua nas tersebut akan memberikan rambu-rambu yang membawa kepada kehidupan yang terarah dan seimbang.Kehidupan yang menjamin kebahgiaan .kejayaan didunia dan kejayaan yang sangat besar dihari kemudian.

    Semua ini telah digariskan oleh Islam dalam Al-Quran dan sunnah akn mengantarkan seorang wanita muslimah mendapatkan keperibadiannya yang asli.Keperibadian yang selaras dengan fitrahnya.Sehingga melahirkan wanita muslimah yang unggul,mulia dan istimewa dalm perasaan,pemikiran perilaku dan hubungannya.

    Mencpai tahap tersebut adalah penting bagi kehidupan umat manusia secara umum kerana wanita mempunyai pengaruh yang sangat besar bagi kehidupan generasi yang akan datang,mencetak para pejuang,menanamkan nilai-nilai,menghiasi kehidupan dengan cinta,kasih sayang dan keindahan serta memenuhi rumahtangga dengan rasa aman,tenang,tenteram dan damai.

    Wanita muslimah adalah satu-satunya wanita yang sanggup menerangi dunia wanita moden yang telah jenuh dengan falsafah "materialisme" dan pola hidup jahilliyah yang mendominasi kehidupan masa kini.Perkara itu dengan mengenalkan dirinya,menghadapkan dirinya pada sumber pemikiran yang murni untuk kemudian menata kembali keperibadiannya yang asli iaitu keperibadian yang telah dibentuk oleh AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

   Mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan taufiq kepada kita semua untuk istiqamah dalam agama yang telah dibawa Rasul-NYA s.a.w.

     "jika  kita terlanjur berbuat salah,maka belajarlah dari kesalahan itu,kemudian elakkan melakukan kesilapan serupa sesudah mengambil pengajaran darinya"

 "orang yang didalamnya tidak ada keindahan,maka ia tidak akan dapat melihat sebarang keindahan alam semesta"
"kenalilah Allah dalam suka,maka Ia akan                  mengenalmu dalam duka"   

Friday, 2 September 2011

HATI INI MILIK ALLAH..


HATI ini milik Allah..apabila hati tidak tenang maka ingatlah Allah kerna mengingatiNya hati akan jadi tenang seperti firmanNya yg bermaksud:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Surah Ar-Ra`d:28)

Sungguh..hanya Allah yg mampu menenangkannya..kerna semuanya milikNya..semua ciptaanNya..semua mengikut kehendakNya..tiadalah kuasa kita mengawal akan hati dan diri kita kerna semua terjadi atas kehendakNya dan sungguh hanya dengan kekuasaanNya hati kita akan tenang seperti firmanNya yg bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."(Surah At-Taghabun:11)

Jika ia berkaitan hati maka tiadalah kuasa manusia utk menenangkannya melainkan hanya mampu berkongsi dengan akan masalah itu dengan manusia lain dalam mengurangkan ketegangan konflik hati..hanya padaNya ketenangan dapat di kecapi dan di nikmati..bermohonlah pada Allah kerna sungguh apabila kita berdoa padaNya nescaya diperkenankan seperti firmanNya yg bermaksud:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."(Surah Ghafir:60)


Sesungguhnya Allah mengetahui apa yg tersirat dan tersurat..Allah mengetahui apa yg zahir dan apa yg batin..dan sungguh..Allah mengetahui apa yg bermain dalam akal dan hati kita seperti firmanNya:

"Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada."(Surah Al-Ma'idah:7)